Terkini !!! Pekan Kajang banjir, Sungai Langat kembali cecah paras bahaya

Kawasan Pekan Kajang, dilapor dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berlaku lebih sejam, petang ini.

Menurut laman web Public InfoBanjir, paras air Sungai Langat di Kajang telah melepasi paras bahaya dengan trend aliran air terus meningkat.

Hujan juga dikategorikan sebagai tahap lebat dengan taburan sebanyak 38mm setakat jam 5.45 petang Isnin.

Terkini !!! Pekan Kajang banjir, Sungai Langat kembali cecah paras bahaya
Menurut laman web Public InfoBanjir, paras air Sungai Langat di Kajang telah melepasi paras bahaya dengan trend aliran air terus meningkat. – Gambar/ Twitter @neejiy

Selain itu, Sungai Langat di Taman West Country Kajang yang berdekatan Bandar Baru Bangi juga kini dikategorikan sebagai zon kuning susulan hujan lebat ketika ini.

Di media sosial, tular rakaman video yang menunjukkan limpahan air sudah naik di laluan Kajang menuju ke Semenyih, Selangor.

BACA JUGA : Mangsa banjir dilarang pinjam ah long – PDRM
Guna panggilan video sebagai pengganti ziarah waktu perayaan