Terkini !!! Najib persoal majoriti Muhyiddin, perlu uji di Parlimen

Terkini !!! Najib persoal majoriti Muhyiddin, perlu uji di Parlimen

Dakwaan sokongan 115 Ahli Parlimen kononnya menyebelahi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin langsung tidak memberi makna, malah menimbulkan rasa “seram” mereka apabila sedaya upaya mengelak pengundian di Parlimen, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu, berkata beliau tidak memahami keperluan sesetengah pihak mengeluarkan kenyataan “menyakinkan” terhadap perdana menteri yang diibaratkan sebagai jitu, selain cukup majoriti membabitkan 115 Ahli Parlimen.

“Tapi apabila sampai ke Parlimen, mereka cuba sedaya upaya untuk elak sebarang pengundian bagi apa-apa usul dalam Dewan (Rakyat). Undian itu seram sangat ke?

najib

Najib Razak mempersoal keupayaan sokongan majoriti terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. 

“Kenapa pula nak lari daripada undi seperti ternampak pontianak yang positif Covid varian delta?” katanya di Facebook.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan isi kandungan surat pada 29 Julai lalu, menyatakan seramai 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.

Ismail berkata, perkara itu dicapai selepas beliau mempengerusikan perjumpaan bersama 40 Ahli Parlimen BN pada hari berkenaan.

“Berita itu sah, memang 40 Ahli Parlimen BN memberikan sokongan kepada kerajaan PN,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Semalam, Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu yakin Muhyiddin kekal mempunyai sokongan majoriti sekiranya sidang Parlimen dipanggil semula.

Katanya, soal mengelak daripada bersidang kerana bimbang kerajaan berkemungkinan tumbang tidak timbul sama sekali kerana yakin sokongan kepada kerajaan bukan sekadar cukup bilangan, malah jitu.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/01/kalau-majoriti-cukup-mengapa-seram-dengan-pengundian-di-parlimen-soal-najib/

BACA JUGA : Panas !!! Blogger Umno dedah senarai sebenar MP BN sokong Muhyiddin