Terkini !!! Muhyiddin tiba di Istana Negara

Terkini !!! Muhyiddin tiba di Istana Negara

Muhyiddin tiba di Istana Negara. Perdana Menteri Sementara, Muhyiddin Yassin, orang terakhir yang tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Beliau tiba di pintu gerbang Istana pada 2.50 petang tadi.

Terdahulu, bas membawa Ahli Parlimen PAS tiba di Istana Negara, untuk mengesahkan calon Perdana Menteri pilihan mereka.

Sejumlah 114 Ahli Parlimen yang dikatakan ada menyarahkan akuan berkanun menyokong Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, sebagai Perdana Menteri ke-9 dipanggil menghadap Sultan Abdullah hari ini.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai tiba di Istana Negara melalui pintu 1 pada jam 2.49 petang tadi.

 Muhyiddin

Kehadiran Muhyiddin yang juga Perdana Menteri sementara itu bagaimanapun tidak sempat dirakam Sinar Harian susulan hampir kesemua petugas media menunggu di pintu 2.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan ahli Parlimen daripada GPS, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka ke Istana Negara pada jam 10 pagi pada Khamis.

Difahamkan kehadiran ahli Parlimen pro-PN itu untuk mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.

Sesi menghadap ahli Parlimen itu dijadualkan berlangsung dalam lima sesi berasingan mengikut parti masing-masing.

Jam 4 petang pada Rabu merupakan tempoh terakhir untuk semua ahli Dewan Rakyat menghantar SD nama calon Perdana Menteri pilihan mereka secara rasmi.

Ia selepas notis dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada Selasa agar kesemua ahli Dewan Rakyat mengemukakan surat akuan berkenaan secara bertulis dan disahkan benar.
Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/19/muhyiddin-tiba-di-istana/

BACA: Mulut kata tak mahu kleptokrat, tindakan tetap bersama kleptokrat