Terkini !!! Muhyiddin kekal Perdana Menteri, kata Peguam Negara

Terkini !!! Muhyiddin kekal Perdana Menteri, kata Peguam Negara

Muhyiddin kekal Perdana Menteri, kata Peguam Negara.

Merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO bertarikh 7 Julai 2021, kenyataan tersebut merupakan kenyataan daripada suatu parti komponen yang membentuk Kerajaan sedia ada yang telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 43(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Buat masa ini Kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan bahawa YAB Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri dan bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik ataupun mana-mana pemimpin parti politik.

Oleh itu, dari segi undang-undang, YAB Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sedia ada ternyata masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan.

Sumber :

Muhyiddin kekal PM

BACA JUGA : Umno kekal dengan GRS di Sabah – Bung