Terkini !!! Menteri KDN positif Covid-19

Terkini !!! Menteri KDN positif Covid-19

Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin telah menjalani ujian saringan COVID-19 pada 11 Januari 2021.

Susulan saringan tersebut, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaklumkan pada awal pagi tadi bahawa YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin disahkan positif COVID-19.

Oleh yang demikian, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin tersebut, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin akan terus memantau dan akan memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, semua kontak rapat YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin bermula 8 Januari sehingga 11 Januari 2021 dimohon untuk tampil ke pusat saringan Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk melakukan saringan COVID-19 mengikut saranan pihak KKM.

YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan kepada beliau dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul atas perkembangan ini.

Pejabat Menteri
Kementerian Dalam Negeri
12 Januari 2021, Putrajaya

Sumber :