Terkini !!! Malaysia luluskan penggunaan vaksin AstraZeneca keluaran Thailand

Terkini !!! Malaysia luluskan penggunaan vaksin AstraZeneca keluaran Thailand

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bersetuju meluluskan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan bencana kepada vaksin AstraZeneca daripada pengilang kedua, Siam Bioscience Co Ltd, Thailand.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pengilang itu akan menjadi sumber bekalan AstraZeneca untuk kegunaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di negara ini.

“Bekalan vaksin AstraZeneca yang bakal diterima daripada pengilang Siam Bioscience Co Ltd ini dijangka dapat mempertingkatkan kadar vaksinasi di bawah PICK dengan lebih pantas,” katanya.

Keputusan itu dibuat selepas PBKD bermesyuarat hari ini.

Pada 2 Mac lalu, PBKD meluluskan pendaftaran bersyarat bagi pengilang Medimmune Pharma BV – pengeluar AstraZeneca ke negara-negara Eropah.

Berita Penuh : https://m.malaysiakini.com/news/577564