Terkini !!! Malaysia cipta rekod lagi, 6806 kes baru Covid-19 hari ini

Terkini !!! Malaysia cipta rekod lagi, 6806 kes baru Covid-19 hari ini

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 6,806 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ni kepada 492,302 kes.

Ini merupakan hari kedua berturut-turut jumlah kes baru mencatatkan rekod tertinggi dan melepasi paras 6,000.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,967 kes baru – iaitu 43 peratus – dilaporkan di Lembah Klang.

Perincian lanjut berkenaan perkembangan Covid-19 akan diperolehi selepas KKM mengeluarkan kenyataan petang ini.

Pecahan kes baru mengikut negeri:

Selangor – 2,277
Kuala Lumpur – 655
Johor – 615
Sarawak – 608
Kelantan – 426
Kedah – 417
P Pinang – 362
N Sembilan – 291
Perak – 248
Sabah – 245
Terengganu – 233
Melaka – 212
Pahang – 157
WP Putrajaya – 35
WP Labuan – 17
Perlis – 8

Bewrita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/575384