Terkini: Mahkamah jatuhkan hukuman penjara kepada Rosmah

Terkini: Mahkamah jatuhkan hukuman penjara kepada Rosmah. Rosmah Mansor didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Hakim Mahkamah Tinggi Zaini Mazlan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.

Rosmah, isteri bekas perdana menteri Najib Razak, didakwa pada November 2018 atas tuduhan meminta RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta untuk projek membekalkan elektrik kepada sekolah di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Baca Artikel Penuh