Terkini !!! Mahkamah beri tempoh 14 hari untuk menteri KDN putuskan status pendaftaran Pejuang

Terkini !!! Mahkamah beri tempoh 14 hari untuk menteri KDN putuskan status pendaftaran Pejuang

Mahkamah beri tempoh 14 hari untuk menteri KDN putuskan status pendaftaran Pejuang

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin untuk membuat keputusan dalam tempoh 14 hari mulai hari ini mengenai permohonan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk didaftarkan sebagai parti politik.

Hakim Ahmad Kamal Md Shahid pagi ini membenarkan permohonan semakan kehakiman Pejuang untuk menggesa menteri itu membuat keputusan berhubung rayuan parti itu selepas Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) menolak untuk mendaftarkannya.

menteri KDN

Semasa prosiding dalam talian yang dilakukan melalui zoom hari ini, hakim memutuskan bahawa tempoh lima setengah bulan yang berlalu sejak Pejuang mengemukakan rayuannya pada bulan Januari, adalah melebihi masa yang sepatutnya bagi menteri itu untuk membuat keputusan.

Pada 1 April lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Pejuang untuk memulakan semakan kehakiman bagi mendesak Menteri Dalam Negeri membuat keputusan berhubung rayuan mereka terhadap keputusan Ros yang menolak pendaftaran parti itu.

Pada mulanya keputusan permohonan itu ditetapkan pada 23 Jun, bagaimanapun ia ditangguhkan ke hari ini.

Walaupun prosiding undang-undang sedang berjalan, Pejuang mendakwa telah menerima amaran dari RoS pada 10 Mei untuk menghentikan semua aktiviti keahlian dan penggunaan logo partinya.

Sebelum ini pada 10 Disember tahun lalu, Pejuang telah mencabar penangguhan RoS dalam membuat keputusan mengenai permohonannya untuk didaftarkan sebagai parti politik.

Pejuang menarik balik tindakan undang-undang itu setelah RoS mengumumkan keputusannya pada 6 Januari lalu dengan menolak permohonan pendaftaran Pejuang.

Namun pada 1 Mac tahun ini, Pejuang sekali lagi ke mahkamah setelah menteri tersebut tidak memberikan jawapan berhubung rayuannya agar parti itu didaftarkan.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/580383