Terkini !!! Mahkamah benar Najib, anak tangguh bayar tunggakan cukai RM1.7 bilion

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri Najib Razak untuk menangguh sementara perintah penghakiman yang memerintahkannya membayar lebih RM1.7 bilion tunggakan cukai.

Hakim Azizah Nawawi membenarkan penangguhan sementara terhadap Najib dan anaknya Mohd Nazifuddin, bagi membolehkan permohonan mereka mendapatkan kebenaran bagi merayu kes tunggakan cukai pendapatan itu didengar dan diputuskan Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah benar Najib, anak tangguh bayar tunggakan cukai RM1.7 bilion

Hakim Azizah Nawawi membenarkan penangguhan sementara perintah pembayaran tunggakan cukai terhadap Najib dan anaknya Mohd Nazifuddin.

“Terdapat keadaan istimewa untuk kami membenarkan penangguhan sementara menunggu pendengaran permohonan rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Selain Azizah, panel hakim yang turut bersidang ialah Che Mohd Ruzima Ghazali dan Gunalan Muniandy.

BERITA LANJUT MENYUSUL

BACA JUGA : Malaysia buat rundingan dengan Arab Saudi supaya tiada diskriminasi vaksin – KJ

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Terkini !!! Mahkamah benar Najib, anak tangguh bayar tunggakan cukai RM1.7 bilion […]

  • comment-avatar

    […] Terkini !!! Mahkamah benar Najib, anak tangguh bayar tunggakan cukai RM1.7 bilion […]