Terkini !!! Lagi 2% sebelum dapat rentas negeri

Lagi 2% sebelum dapat rentas negeri.SEBANYAK 88% penduduk dewasa Malaysia atau 20,603,249 sudah lengkap disuntik vaksin Covid-19 setakat tengah malam tadi, lapor Kementerian Kesihatan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menulis di Twitter tinggal 2% lagi penduduk dewasa perlu disuntik vaksin Covid-19 sebelum kerajaan mengumumkan pergerakan rentas negeri dan kebenaran untuk ke luar negara.

“88 peratus penduduk dewasa telah lengkap vaksin. Tinggal 2% lagi sebelum sempadan negeri dibuka dan rakyat Malaysia tidak perlu lagi mohon MTP (MyTravel Pass) untuk ke luar negara,” tulisnya di Twitter, pagi ini.

Perdana Menteri Ismail Sabri Ismail sebelum ini berkata kerajaan akan mengumumkan kelonggaran pergerakan rentas negeri apabila kadar vaksinasi penduduk dewasa mencapai 90%.

Data Kementerian Kesihatan di laman web CovidNow juga menunjukkan 94.4% penduduk dewasa Malaysia sudah disuntik sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam juga, 3.6% remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun sudah selesai menerima vaksin Covid-19, bersamaan 114,124 orang.

Hampir 60% atau 1,862,399 orang daripada kumpulan umur itu juga sudah disuntik dos pertama sementara 40.9% belum lagi divaksin.

Secara keseluruhannya, 63.4% atau 20.7 juta orang daripada seluruh penduduk Malaysia sudah selesai disuntik vaksin, sementara 126,433 orang menerima dos pertama mereka semalam.

Sumber:

BACA: Panas !!! Klang dilapor bandar paling tak selamat di Asia Tenggara? Ini penjelasan Polis

COMMENTS

Wordpress (0)