Terkini !!! Khairuddin nafi cerita sensasi ‘SJR Perasing’ dan gosip dengan selebriti

Terkini !!! Khairuddin nafi cerita sensasi ‘SJR Perasing’ dan gosip dengan selebriti

Segala cerita yang disensasikan kononnya berlaku penahanan di sekatan jalan raya di Perasing termasuk gosip berkaitan hubungan dengan selebriti wanita adalah tidak benar dan berniat buruk untuk merosakkan reputasi saya.

Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiarkan atau menyebarkan cerita palsu serta tidak benar.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan berita palsu mendakwa beliau mempunyai hubungan dengan selebriti wanita dan ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Perasing, Kemaman seperti ditularkan semalam.

Dalam satu status Facebook yang dimuatnaik, Mohd Khairuddin berkata, kenyataan yang ditularkan itu ternyata mempunyai niat buruk dan mahu merosakkan reputasinya.

“Segala cerita yang disensasikan kononnya berlaku penahanan di sekatan jalan raya di Perasing termasuk gosip berkaitan hubungan dengan selebriti wanita adalah tidak benar dan berniat buruk untuk merosakkan reputasi saya.

“Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiarkan atau menyebarkan cerita palsu serta tidak benar,” katanya hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik mengesahkan pihaknya ada memeriksa Ahli Parlimen Kuala Nerus itu yang melalui SJR berkenaan pada 16 Mei lalu.

Roslee dilaporkan berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman akan menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan.

Sebelum ini tular di media sosial Mohd Khairuddin ditahan di SJR Perasing dan pada ketika itu beliau berada bersama seorang usahawan wanita.

Sumber: