Terkini !!! Kes harian Covid-19 turun naik, hari ini naik balik ke 6,849 kes

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 6,849 kes baharu harian Covid-19 hari ini.

Dalam catatan di Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif jangkitan kini mencecah 646,411 kes.

Selangor mencatatkan angka tertinggi dengan 2,558 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (884), Sarawak (699), Negeri Sembilan (685), Johor (426), Sabah (309), Kelantan (248), Pulau Pinang (205), Labuan (176), Melaka (170), Perak (161), Kedah (161), Pahang (89), Terengganu (66), Putrajaya (10) dan Perlis (2).

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/11/6849-kes-covid-19-dilaporkan-selangor-terus-catat-angka-tertinggi/