Terkini !!! Kes harian Covid-19 naik mendadak ke 19,819 kes

Kes baru Covid-19 hari ini sekali lagi mencatat rekod tertinggi apabila jumlah yang dikesan setakat tengah hari ini hampir sebanyak 20,000 menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu menjadi 1.183 juta.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat 12 tengah hari tadi seramai 19,819 orang disahkan dijangkiti wabak berbahaya tersebut.

Selangor kekal menjadi negeri yang mencatatkan kes positif tertinggi iaitu 8,377 kes diikuti Kuala Lumpur 2,467, Johor (1,162 kes), Sabah (949) dan Sarawak (552).

Berdasarkan angka yang direkodkan KKM, Kelantan dan Pulau Pinang hari ini mencatatkan kes baru tertingi dengan masing-masing 1,003 dan 867.

Berikut adalah senarai negeri dan kes baru dikesan setakat tengah hari tadi:

Selangor: 8,377
Kuala Lumpur: 2,467
Kedah: 1,371
Johor: 1,162
Kelantan: 1,003
Sabah: 949
Pulau Pinang: 867
Negeri Sembilan: 800
Perak: 662
Pahang: 558
Sarawak: 552
Melaka: 508
Terengganu: 481
Putrajaya: 46
Perlis: 11
Labuan: 5

[Laporan lanjut menyusul]

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/585831

BACA JUGA : Panas !!! Kerajaan PN Johor mungkin tumbang dulu

COMMENTS

Wordpress (0)