Terkini !!! Kes harian Covid-19 kembali naik ke 19,495 kes, sarawak mendahului

Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 19,495 kes baru Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 2,030,935 kes, menurut Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sarawak merekodkan 4,709 kes baru manakala Sabah 2,015 kes dan Johor 2,710 kes.

Di Lembah Klang, Selangor pula mencatat 2,710 kes baru dan Kuala Lumpur 363 kes.

Terkini !!! Kes harian Covid-19 kembali naik ke 19,495 kes, sarawak mendahului

Sementara itu, kapasiti penggunaan katil ICU di Kedah pula sebanyak 112 peratus.

Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu pula merekodkan penggunaan katil ICU melebihi 90 peratus.

Status terkini Kapasiti & Penggunaan Katil Covid-19, Pemberian Vaksin & Kes Baharu Sehingga 15 September 2021:

1) Kapasiti & Penggunaan Katil Covid-19 (Sehingga 14 September 2021, 5pm)

• Penggunaan katil Bukan ICU 74%

• Penggunaan katil ICU 81%

2) Peratus Kumulatif Pemberian Dos Vaksin Covid-19 (Sehingga 14 September 2021, 11:59pm)

• peratus Populasi Keseluruhan – 1 dos 66.3%

• peratus Populasi Keseluruhan – lengkap 54.1%

• peratus Populasi Dewasa – 1 dos 92.2%

• peratus Populasi Dewasa – lengkap 75.4%

3) Bilangan Kes Covid-19 Mengikut Negeri (Sehingga 15 September 2021, 12:00 Tengah Hari)

• Bilangan kes baru 19,495 kes

• Bilangan kes kumulatif 2,030,935 kes

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/591470

BACA JUGA : Panas !!! Syed Saddiq gesa MoU diperingkat negeri pula