Terkini !!! Kes di Selangor kembali naik ke angka 3 ribu

Jururawat

Kes di Selangor kembali naik ke angka 3 ribu.Malaysia merekodkan 21,176 lagi kes jangkitan harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kini 1,940,950.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 3,734 kes.

Ia diikuti Selangor dengan 3,595 kes, Johor (2,297) dan Sabah (2,246).

Empat negeri juga merekodkan angka 1,000 kes ke atas iaitu Pulau Pinang dengan 1,939 kes; Kedah (1,808); Perak (1,366) dan Kelantan 1,254 kes.

Selain itu, Pahang dengan 853 kes; Terengganu (776); Melaka (485); Kuala Lumpur (467) dan Negeri Sembilan dengan 252 kes.

Tiga negeri masing-masing Perlis, Putrajaya dan Labuan melaporkan 77, 21 dan enam kes.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-21176-kes-baharu-direkodkan-hari-ini-sarawak-kekal-penyumbang-tertinggi-319016

BACA: Taliban mahu jalin hubungan dengan semua negara kecuali Israel