Terkini !!! Kerajaan umum bantuan khas hari raya RM500 kepada kakitangan awam

Terkini !!! Kerajaan umum bantuan khas hari raya RM500 kepada kakitangan awam

Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri Berkenaan Bayaran Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2021

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM 500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan  Contract Of Service,Contract For Servis, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP dan RM 250 kepada Pesara kerajaan .

Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat Awam dalam menggalas tangunggungjawab  menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempon yang penuh cabaran ini .

Pembayaran nagi bantuan Khas ini akan di buat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada ^ Mei 2021. Bantuan khas tersebut akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara. Pengumuman pemberian Bantuan khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun – tahun senbelum atas keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri .

Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawaat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedekasi .

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah yang berjumlah hampir 1.5 juta orang.

Pemberian itu adalah sempena persiapan sambutan Aidilfitri yang akan diraikan bulan depan.

“Bantuan khas ini juga akan dinikmati oleh pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran RM250.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 6 Mei ini,” kata kenyataan itu.

No photo description available.

Sumber: