Terkini !!! Kementerian Kewangan akan umum Pakej Bantuan Rakyat

Kementerian Kewangan (MOF) akan mengumumkan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan susulan pengumuman pelaksanaan ‘total lockdown’ di seluruh negara mulai 1 hingga 14 Jun depan.

Pejabat Perdana Menteri berkata, pengumuman mengenai pakej bantuan itu akan dibuat dalam masa terdekat.

“MOF akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan. Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun depan selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 yang kini melebihi 8,000 kes.

Keputusan itu dipersetujui dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/28/pakej-bantuan-rakyat-akan-diumumkan-mof/

COMMENTS

Wordpress (0)