Terkini !!! Istana Negara jadi tumpuan menjelang majlis menghadap ketua parti petang ini

Istana Negara jadi tumpuan menjelang majlis menghadap ketua parti petang ini. Istana Negara hari ini sekali lagi menjadi tumpuan apabila pemimpin parti-parti politik dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut sumber, majlis menghadap bermula pada 2 petang itu melibatkan ketua parti susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri semalam.

Antara yang dijadual menghadap adalah presiden parti masing-masing iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (UMNO), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang).

Istana Negara

Semalam, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima peletakan jawatan Muhyiddin dan jawatan seluruh Jemaah Menteri.

Seri Paduka juga berkenan untuk Muhyiddin menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara atau ‘caretaker’ sehingga perdana menteri baharu dilantik.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/tumpuan-di-istana-negara-untuk-majlis-menghadap-yang-dipertuan-agong-314512

BACA: Fitnah : Najib akan saman Muhyiddin, Wan Saiful