Terkini !!! Ismail Sabri masuk pejabat PM hari ini

Media

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Bangunan Perdana Putra bagi memasuki Pejabat Perdana Menteri kira-kira pukul 10.55 pagi tadi.

Beliau dijangka membuat persediaan untuk menyampaikan perutusan pertamanya kepada rakyat Malaysia pada pukul 5.30 petang ini, selepas dilantik ke jawatan nombor satu dalam pentadbiran kerajaan persekutuan semalam.

Ahli Parlimen Bera itu dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan di Istana Negara semalam bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ismail Sabri masuk pejabat PM hari ini

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan, mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia itu dibuat di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/22/ismail-sabri-masuk-perdana-putra-hari-ini/

BACA JUGA : Doktor enggan rawat pesakit yang antivaksin