Terkini !!! Ini respon Anwar setelah selesai menghadap Agong

Terkini !!! Ini respon Anwar setelah selesai menghadap Agong

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim tiba untuk menghadap Al-Sultan menaiki Jaguar hitam.

Presiden PKR itu merupakan pemimpin politik kedua yang menghadap Agong hari ini selepas terdahulu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin selesai menghadap baginda pada kira-kira jam 9 pagi.

Tiada isu pembentukan kerajaan baru Malaysia dalam pertemuan di antara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan Anwar Ibrahim pagi ini.

Hal itu dijelaskan presiden PKR berkenaan selepas keluar dari Istana Negara pada jam 11.54 pagi ini.

“Itu soal yang tidak berbangkit sekarang,” katanya menjawab soalan pemberita tentang apakah isu itu ada disebut dalam pertemuannya dengan Agong.

Disoal tentang apakah tujuan Agong memanggil pemimpin-pemimpin parti menghadapnya dalam beberapa hari ini, kata Anwar, hak itu terpulang pada baginda.

“Itu terserah pada tuanku.

“Tapi berdasarkan pengalaman saya tadi, tuanku berlapang dada mendengar semua pandangan,” katanya.

Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) menambah dia turut menyediakan laporan dan kajian untuk pertimbangan Agong berhubung beberapa isu berbangkit.

Beberapa pemimpin tertinggi parti politik dalam negara dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara hari ini.

Ia berlaku ketika negara terus berdepan dengan ancaman Covid-19 dan darurat masih berkuat kuasa di sebalik pelbagai desakan agar ia ditamatkan, atau parlimen dibuka untuk bersidang.


Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/menghadap-yang-dipertuan-agong-pembentukan-kerajaan-baharu-tidak-dibangkitkan-anwar-ibrahim-302317