Terkini !!! Individu dewasa lengkap vaksin kini 89.1%

Hanya tinggal 0.9 peratus lagi sebelum kadar vaksinasi populasi dewasa negara mencapai 90 peratus dan kelonggaran rentas negeri dibenarkan berdasarkan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Seramai 20,856,337 individu atau 89.1 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 94.6 peratus atau 22,153,302 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Individu dewasa lengkap vaksin kini 89.1%

Bagi populasi keseluruhan, seramai 21,004,275 individu atau 64.3 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19. – Gambar hiasan

Bagi populasi keseluruhan, seramai 21,004,275 individu atau 64.3 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Pada masa sama, 74.4 peratus atau 24,309,648 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, seramai 147,938 atau 4.7 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Terdapat pertambahan 196,647 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 45,204,479 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-tinggal-09-untuk-capai-90-populasi-dewasa-lengkap-vaksin-324181

BACA JUGA : Doktor keluarkan simen sepanjang 10 cm dari jantung pesakit