Terkini!!! Guan Eng menang saman ke atas fitnah Perkasa, dapat ganti rugi Rm150,000

Terkini!!! Guan Eng menang saman ke atas fitnah Perkasa, dapat ganti rugi Rm150,000

Mahkamah Persekutuan dalam penghakiman majoriti 2-1 hari ini, membenarkan rayuan Lim Guan Eng terhadap kumpulan memperjuangkan hak orang Melayu, Perkasa yang melabelkannya pengkhianat kerana didakwa mendedahkan rahsia negara kepada kerajaan Singapura.

Hakim Harmindar Singh Dhaliwal berkata, reputasi ialah faktor, tidak kira sama ada plaintif memfailkan saman fitnah atas kapasiti peribadi atau umumnya.

Penghakiman itu mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi untuk bekas ketua menteri Pulau Pinang itu menerima ganti rugi RM150,000.

Hakim Nallini Pathmanathan, yang mempengerusikan panel tiga hakim, bersetuju dengan Harmindar, yang menyampaikan penghakiman itu.

Hakim Abdul Rahman Sebli, ketika menolak rayuan itu, berkata Lim memfailkan saman itu atas kapasiti rasminya.

Katanya, saman Lim mempunyai kelemahan sejak awal kerana beliau tidak diwakili pegawai perundangan kerajaan seperti diperuntukkan di bawah Akta Prosiding Kerajaan atau peguam swasta yang mewakilinya mempunyai lesen daripada penasihat undang-undang negeri.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/26/mahkamah-putuskan-perkasa-fitnah-guan-eng-dengan-label-pengkhianat/