Terkini !!! GPS sahkan dititah menghadap Agong secara online pada 14 Jun

Terkini !!! GPS sahkan dititah menghadap Agong secara online pada 14 Jun

Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara jam 10.30 pagi untuk menghadap Yang Dipertuan Agong.

Ketua Menteri Sarawak pula memaklumkan sessi menghadap Yang Dipertuan Agong akan dibuat oleh pimpinan GPS melalui online.

Anwar menaiki kereta berwarna hitam tiba di hadapan pintu pagar Istana kira-kira jam 10.30 pagi selepas kenderaan yang membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rombongannya keluar.

Anwar dikatakan akan menghadap Yang Dipertuan Agong jam 11 pagi.

Istana Sarawak dalam satu kenyataannya berkata, Istana Negara telah menghubungi mereka pagi ini dan memaklumkan Yang Dipertuan Agong bersetuju menerima Presiden GPS menghadap secara ‘sidang video’ pada 14 Jun jam 11 pagi.

Sebelum ini, media dimaklumkan Pengerusi Penaja Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghadap Agong jam 2.30 petang esok manakala Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan berbuat demikian pada jam 4 petang.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dipanggil menghadap menerusi satu surat pada 4 Jun lalu namun tidak diketahui lagi masa dan tarikh yang tepat bila beliau akan menghadap.

Sekarang ini Abdul Hadi sedang mendapat rawatan di IJN.

Yang Dipertuan Agong dijadualkan bertemu dengan Raja-raja Melayu pada 16 Jun ini selepas bertemu dengan semua parti-parti politik.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/anwar-tiba-di-istana-jam-10-30-gps-sarawak-akan-buat-secara-online/