Terkini !!! Bantuan RM1,500 sebulan kepada B40, M40 – Pakar Ekonomi

Terkini !!! Bantuan RM1,500 sebulan kepada B40, M40 – Pakar Ekonomi

Ahli ekonomi, Muhammed Abdul Khalid mencadangkan kerajaan menyediakan bantuan yang menyeluruh susulan pelaksanaan sekatan penuh ke atas semua kegiatan ekonomi dan sosial pada 1 Jun ini.

Beliau berkata, semua pekerja sendiri dan isi rumah dalam golongan B40 and M40 perlu diberikan bantuan bulanan sebanyak RM1,500 sebulan untuk tempoh tiga bulan.

“Pertama, kerajaan harus memberi bantuan sepenuhnya kepada rakyat, terutamanya yang bekerja sendiri seperti Makcik Kiah, syarikat kecil dan sederhana, dan mereka dalam golongan B40 dan M40.

“Sudah setahun Covid-19 melanda, dan segala simpanan semuanya telah kering. Usah kita lupa, rakyat telah mengeluarkan duit mereka sendiri hampir RM80 bilion dari EPF, dan menangguhkan bayaran hutang melalui ‘loan moratorium’ sejumlah RM151 bilion,” dipetik daripada artikelnya.

Perunding kepada beberapa agensi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) mengenai isu pembangunan ekonomi itu berkata, jumlah tersebut jauh lebih tinggi daripada bantuan yang diterima daripada kerajaan.

“Untuk pembandingan, suntikan fiskal kerajaan sejak krisis ini berlaku sejak awal tahun lepas hanyalah RM72 bilion,” katanya.

Dalam masa sama, Muhammed berkata, subsidi upah diberikan kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana seperti mana yang diberikan pada tahun lalu juga untuk tempoh tiga bulan.

“Pinjaman daripada bank dan agensi kredit harus diberikan moratorium untuk tempoh tiga bulan, secara automatik.

“Bank tidak akan jatuh muflis. Hakikatnya, tidak ada satu bank pun yang rugi tahun lepas walaupun moratorium pinjaman diberikan,” katanya lagi.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/ahli-ekonomi-saran-kerajaan-beri-bantuan-rm1500-sebulan-kepada-b40-m40/