Terkini !!! Anwar, Mat Sabu dan Guan Eng bertemu PM petang ini

PH

Anwar, Mat Sabu dan Guan Eng bakal bertemu Ismail Sabri petang ini.Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakub mengundang pemimpin parti Pakatan Harapan ke Pejabat Perdana Menteri di Putra Perdana, Putrajaya petang ini.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, perjumpaan pada jam 2 petang ini akan dihadiri oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bersama Ismail Sabri.

“Jam 2 petang ini akan berlangsung pertemuan di antara Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, dan Lim Guan Eng bersama Ismail Sabri Yaakob di Pejabat Perdana Menteri, atas jemputan Pejabat Perdana Menteri,” katanya.

Sebelum ini, Ismail Sabri dilaporkan berkata, tiada kerajaan campuran akan dibentuk dengan parti-parti pembangkang.

Namun, kata perdana menteri, kerjasama dengan pembangkang hanya melibatkan isu Covid-19 dan pemulihan ekonomi melalui platform Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

PH belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu, tetapi Lim membayangkan bahawa DAP terbuka untuk mempertimbangkannya jika pembangkang tidak dijadikan “pak turut”.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/588601

BACA:Sultanah Terengganu bakal beri keterangan dalam kes saman fitnah