Terkini !!! Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk sesi menghadap Agong

Terkini !!! Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk sesi menghadap Agong

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara pada jam 10.37 pagi ini.

Beliau dilihat memasuki pintu 2 istana Negara menaiki kereta jenis Jaguar berwarna hitam.

Ia sekali gus menyaksikan Ahli Parlimen Port Dickson itu menjadi wakil ketua pemimpin politik kedua yang menghadap Al-Sultan Abdullah selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) selesai menghadap Seri Paduka Baginda sekitar 8.56 pagi tadi.

BACA: Perdana Menteri selesai menghadap Agong dalam pertemuan lebih sejam

Anwar dijangka memasuki Istana Negara melalui Pintu 2.


Terdahulu, beberapa media melaporkan tiga ketua parti politik akan menyusul selepas Muhyiddin.

Selain itu, turut mengesahkan menerima perkenan menghadap ialah parti DAP, yang akan diwakili oleh Setiausahanya, Lim Guan Eng pada sebelah petang.

Difahamkan, Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan diwakili oleh Presidennya, Mohamad Sabu akan turut mengadakan pertemuan hari ini.

Setakat ini, UMNO masih belum mengesahkan sesi pertemuan bersama Seri Paduka Baginda.

Dalam perkembangan sama, parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) turut mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Khamis.

Siri perjumpaan tersebut dijadual berlangsung bermula hari ini hingga Jumaat.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-ibrahim-tiba-di-istana-negara-untuk-menghadap-agong-302302