Terkini !!! Akhirnya Perdana Menteri keluar kenyataan mengenai titah Agong

Terkini !!! Akhirnya Perdana Menteri keluar kenyataan mengenai titah Agong

Kerajaan mengambil maklum titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang terkandung dalam kenyataan lstana Negara pada 16 Jun 2021.

Dalam sesi-sesi menghadap ke atas KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, YAB Perdana Menteri telah menyembah maklum dan menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai perjalanan pengurusan pandemik COVID-19, penguatkuasaan Ordinan-Ordinan Darurat, pelaksanaan Program lmunisasi COVID-19 Kebangsaan, pakej-pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan kepada rakyat, pelaksanaan sidang Parlimen, Pelan Pemulihan Negara dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Menjunjung titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di­ Pertuan Agong, Kerajaan akan mengambil langkah-langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

PEJABAT PERDANA MENTERI 17 JUN 2021

Sumber :