Terkini !!! Agong sahkan terima peletakan jawatan Muhyiddin

Agong sahkan terima peletakan jawatan Muhyiddin . Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Padu. Baginda Yang di-Pertuan Agong AI-Sultan Abdul. Rrayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta.in Billah berkenan menerima Menghadap Yang Amat Bertiormat Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin bin Md. Yasin di Istana Negara, hari ini.

Ada. dirnaklumkan juga bahawa terdahulu. Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd 2uki bin Ali. Yang Berbahagia Peguam Negara Tan Sri ldrus bin Harun dan Yang Berbahagia Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Haji Abdul Ghani bin Salleh pada jam 11.00 pagi di Istana Negara.

Pada sesi menghadap Yang Arnat Berhormat Perdana Menteri, yang berlangsung selama 30 minit bermula dari jam 12.30 tengah hari, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima surat peletakan jawatan Yang Amat Berhormat Tan Sri Mahiaddin bin Md. Yasin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri dengan serta-merta berkuat kuasa pada hari ini.

Susulan daripada peletakan jawatan ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan supaya Yang Amat Berhormat Tan Sri Mahiaddin bin Md. Yasin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Int adalah selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlernbagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Seri Paduka Baginda hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri baharu untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

Seri Paduka Baginda turut rnenzahirkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Mahiaddin bin Md. yassin dan Jemaah Menteri alas khidmat bakti dan urus tadbir negara yang telah dilaksanakan di bawah Perikatan Nasional bermula 1 Mac 2020. khususnya dalam mennerangi pandemik COVID-19.

Selaku Ketua Utama Negara. Seri Paduka Baginda memaharni dan menghormati sistem dan proses perundangan negara dan juga menghormati apa-apa keputusan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Mahiaddin bin Md. Yasin berteraskan keluhuran Pertembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-undang.

Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima sembah maklum daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa sehingga 10 Ogos, 2021, daripada sejumlah 613 kawasan Dewan Undangan Negeri. sebanyak 484 kawasan (79 peratus) adalah zon merah COVID-19. Pada masa yang sama, Seri Paduka Baginda turut mengambil maklum bahawa fasiliti-fasiliti kesihatan negara juga berada pada situasi yang membimbangkan.

Justeru. pada hemat Seri Paduka Baginda, pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 bukan satu pillhan yang terbaik alas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat.

Seri Padu. Baginda menzahirkan harapan agar kemelut politik yang berlarutan tanpa kesudahan yang telah mengganggu kelancaran tadbir urus negara ini dapat diakhiri demi kesejahteraan rakyat dan ekonorni negara yang diancam oleh pandemik COVID-19.

Seri Paduka Baginda turut mengambil kesernpatan ini menyeru seluruh rakyat agar bertenang dan bersarna Baginda mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi dari sebarang musibah dan wabak COVID-19 dapat dibendung se. diakhiri dengan segera.

Indera Ahmad Fadil Shamsuddin Datuk Pengelola Bijaya Diraja lstana Negara

Agong

Agong

Sumber:

BACA: Panas !!! Mat Sabu seru MP menang atas tiket PH agar kembali