Terkini !!! Adly Zahari diumum secara rasmi sebagai calon Ketua Menteri Melaka oleh Pakatan Harapan

Adly Zahari menjadi pilihan Pakatan Harapan untuk dinamakan sebagai calon tunggal Ketua Menteri Melaka jika pakatan itu berjaya kembali menawan Melaka.

Anwar ketika majlis pelancaran Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan petang ini mengumumkan perkara tersebut ketika berucap.

Adly Zahari yang sebelum ini pernah menerajui Melaka sebgai Ketua Menteri disenangi oleh pelbagai pihak kerana tindakannya yang mengutamakan rakyat dalam pentadbiran.

Adly Zahari diumum secara rasmi sebagai calon Ketua Menteri Melaka oleh Pakatan Harapan

Beliau yang kini bertanding di Dun Bukit Katil itu dilihat calon yang popular sebagai Ketua Menteri kerana rekod pencapaian sebelum ini yang memberangsangkan.

Ramai pihak mengucapkan terima kasih kepada PH dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memahami kehendak orang Melaka yang mahu kembali bangkit dari kemelesetan akibat pandemik.

Majlis pelancaran Pelan Tindakan Mahu Bersama Harapan disiarkan secara live di page-page Pakatan Harapan dan pemimpin parti itu.

BACA JUGA : 30 tahun rakyat tunggu nak dapatkan tanah mereka, PH selesaikan dalam tempoh 22 bulan sahaja – Adly
Panas !!! Dakwaan guna sijil tipu, calon Pas enggan layan

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Terkini !!! Adly Zahari diumum secara rasmi sebagai calon Ketua Menteri Melaka oleh Pakatan Harapan […]