Terkini !!! 89.4 peratus individu dewasa kini lengkap vaksin

Statistik terkini menunjukkan hanya 0.6% sahaja lagi negara akan mencapai 90 peratus populasi dewasa lengkap menerima dua dos suntikan vaksin, menurut data dikeluarkan CovidNow.

Seramai 20,927,867 individu atau 89.4% daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Baru-baru ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata perjalanan merentas negeri akan dibenarkan apabila 90% populasi dewasa negara ini telah divaksin lengkap, berdasarkan data dan analisis Kementerian Kesihatan (KKM).

89.4 peratus individu dewasa kini lengkap vaksin

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Dalam pada itu, sebanyak 94.7% atau 22,166,911 individu daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan, seramai 21,104,896 individu atau 64.6% telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, manakala 74.6% atau 24,384,831 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, seramai 177,029 atau 5.6% populasi remaja telah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Sebanyak pertambahan 174,820 dos harian diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 45,379,299 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/09/tinggal-0-6-lagi-capai-90-vaksinasi-populasi-dewasa/

BACA JUGA : Budak SPM kahwin waktu PKP kongsi kelebihan kahwin usia muda

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA :¬†Terkini !!! 89.4 peratus individu dewasa kini lengkap vaksin […]