Terkini !!! 88.4 peratus individu dewasa sudah lengkap vaksin

Impian orang ramai untuk pulang ke kampung dalam masa terdekat dilihat bakal tercapai selepas kadar individu dewasa lengkap menerima dua dos vaksin mencatatkan sebanyak 88.4 peratus setakat semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), peratusan sebanyak 88.4 peratus itu melibatkan seramai 20,698,852 individu dewasa yang telah melengkapkan dua dos.

88.4 peratus individu dewasa sudah lengkap vaksin

Malaysia memerlukan baki 1.6 peratus sahaja lagi sebelum kebenaran rentas negeri dimuktamadkan.

“Sebanyak 94.5 peratus pula melibatkan sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin bagi populasi dewasa.

“Jumlah pemberian dos vaksin harian pula sebanyak 224,034,” katanya tadi.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan terus mengumumkan kebenaran rentas negeri sebaik sahaja negara mencapai kadar vaksinasi sebanyak 90 peratus.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/06/88-4-peratus-populasi-dewasa-lengkap-divaksin/

BACA JUGA : Ingkar SOP Covid-19 : Kerajaan berjaya kutip RM72 juta kompaun – Khairy

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Terkini !!! 88.4 peratus individu dewasa sudah lengkap vaksin […]