Terkini : 691 Kes positif baru hari ini

Terkini : 691 Kes positif baru hari ini

Kes baru Covid-19 terus mencatat angka tertinggi hari demi hari.

Hari ini sebanyak 691 kes baru Covid-19 dicatatkan di Malaysia.

Kes paling banyak direkodkan di Kedah (397 kes), diikuti Sabah (219) dan Selangor (38).

Ia kemudian diikuti oleh Perak (lapan kes), Negeri Sembilan (7), Johor (6), Sarawak dan Pulau Pinang dengan tiga kes serta Putrajaya, Terengganu dan Labuan masing-masing dengan satu kes.

Dua kes di Kuala Lumpur dan satu kes di Selangor adalah kes import.

Berkaitan kes di Kedah, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 394 daripada 397 kes melibatkan kluster Tembok (penjara Alor Setar).

Kawasan itu sekarang diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (Temco).

Jumlah kes aktif terkini pula sebanyak 2,936 kes, yang terburuk sejak wabak itu melanda Malaysia.

Malaysia juga mencatatkan empat kematian baru hari ini, termasuk seorang bayi berumur satu tahun.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 141 orang.

Dr Noor Hisham pada sidang media di kediamannya di Putrajaya juga memberitahu 31 kes sedang  dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Dia kini menjalani kuarantin kendiri di kediamannya selepas menghadiri mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri yang dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad yang positif Covid-19.

Daripada jumlah 31 orang di ICU itu, lapan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/545453

COMMENTS