Terkini !!! 6 daerah di Selangor dikenakan PKP bermula Khamis

Terkini !!! 6 daerah di Selangor dikenakan PKP bermula Khamis

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob memaklumkan enam daerah di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah ini bermula 6 ke 17 Mei.

Pergerakan merentas negeri dan daerah tidak dibenarkan di enam daerah dikenakan PKP di Selangor, maklum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yakob.

“Menteri Besar (Amirudin Shari) dan (Majlis Keselamatan Negeri) MKN Selangor telah membentangkan cadangan kepada MKN untuk laksanakan PKP,” katanya pada sidang media harian Covid-19 hari ini.

Jelas Ismail Sabri, pelaksanaan PKP ini selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan.

“Maka MKN setuju laksana PKP atas 6 dari 9 daerah di Selangor; Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang mula pada 6 ke 17 Mei,” katanya lagi.
Ini berikutan peningkatan drastik kes Covid-19 di negeri itu baru-baru ini.

Setakat ini, Kelantan adalah satu-satunya negeri dengan semua daerah bawah PKP

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu Covid-19 kembali melonjak dengan 3,120 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Dengan itu, jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 420,632 kes.

Dalam catatan di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 675 kes.

Ini diikuti oleh Sarawak dengan 620 kes, Kuala Lumpur (408), Johor (336), Kelantan (296), Pulau Pinang (167) dan Perak (117).