Terkini !! 1240 kes baru, 7 kematian, 94 dalam ICU

Terkini !! 1240 kes baru, 7 kematian, 94 dalam ICU

Kes jangkitan Covid-19 mencatatkan kes harian tertinggi sejak permulaan wabak itu di negara ini dengan sebanyak 1240 kes baru dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Sabah terus merekodkan angka tertinggi dengan 927 kes, dikuti Selangor 176 kes, Pulau Pinang (61 kes) dan negeri-negeri lain.

Ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini adalah sebanyak 9,744 kes, manakala jumlah keseluruhan sebanyak 27,805 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya hari ini turut memaklumkan seramai 691 pesakit telah sembuh sepenuhnya.

Dia turut memaklumkan bahawa seramai 94 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh kes kematian berkaitan Covid-19.

“ Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 236 ke atau 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya sambil menambah bahawa semua mangsa adalah dari Sabah.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/548178