Terkini !!! 1,009 kes baru, 6 kematian, 78 di ICU

Jumlah kes positif harian Covid-19 di Malaysia buat hari ketiga terus berada pada empat digit, iaitu pada 1,009 kes berbanding 1,032 kes yang dicatakan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 36,434 kes dengan kes aktif sebanyak 10,503.

Dia berkata daripada kes baru itu, Sabah kekal merekodkan jumlah kes tertinggi dengan sebanyak 564 kes.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/549590

COMMENTS

Wordpress (0)