Terkejut tengok jari manusia dalam sup sayur

Terkejut tengok jari manusia dalam sup sayur. Misteri penemuan potongan jari manusia dalam sup sayur

Berlaku di Nusa Tenggara Timur, Indonesia masih belum terungkai biarpun kejadian itu sudah berlaku hampir seminggu lalu.

Lapor CNN Indonesia, pihak berkuasa masih gagal mengenal pasti identiti pemilik jari tersebut walaupun beberapa saksi telah disoal siasat.

Terkejut tengok jari manusia dalam sup sayur

Baru-baru ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Belu, Djafar Awad Alkatiri berkata, potongan jari itu ditemukan di dalam tauhu dalam sup sayur tersebut.

Katanya, perkara itu diketahui selepas meneliti laporan penduduk bernama, Petrus Watu yang membuat aduan mengenai kejadian itu.

Menurut Djafar, berdasarkan keterangan Petrus, potongan jari itu ditemukan ketika dia sedang menikmati tauhu dalam sup sayur tersebut.

Terkejut tengok jari manusia dalam sup sayur

“Terdapat campuran sayur, tempe dan tauhu yang dimasak dalam sup sayur itu.

“Apabila Petrus sedang menikmati tauhu dalam hidangan sup itu, dia menemukan potongan jari manusia,” katanya.

Jelas Djafar, pihaknya masih sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan potongan jari dalam sup sayur.

Kata beliau, siasatan sebelum ini tertumpu pada pekerja yang bekerja di warung makan atau kilang memproses tauhu.

Bagaimanapun, katanya, hasil siasatan di kedua-dua lokasi mendapati tiada pekerja mengalami kecederaan jari mahupun kes kemalangan tempat kerja dilaporkan.

Ketika ini, potongan jari itu disimpan di bilik mayat Hospital Titus Uly.

BACA:

“Mak tak larat pergi tandas, aku nampak ayah senyum sinis, gelakkan mak yang sakit. Ayah ejek emak dah tua, gigi dah luruh nampak seperti nenek kebayan..”