Terkejut tahu kos sebenar ayam dan telur

Terkejut tahu kos sebenar ayam dan telur. Kos pengeluaran ayam pedaging secara di Malaysia ialah RM6.53 sekilogram, manakala purata kos pengeluaran sebiji telur ayam adalah 48 sen.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, berkata harga sekilogram ayam di ladang jika mengambil kira lima peratus, 10 peratus dan 20 peratus keuntungan daripada kos pengeluaran ayam, harga ayam di ladang direkodkan berada di antara julat RM6.86 hingga RM7.84.

“Sementara itu, margin keuntungan sekilogram ayam di peringkat borong merekodkan RM1.30, manakala, margin keuntungan sekilogram ayam di peringkat runcit mencatatkan RM1.25,” katanya menerusi kenyataan media Laporan Kajian Khas Kos Pengeluaran Ayam Dan Telur 2022 yang diterbitkan, hari ini.

Baca Artikel Penuh