Terkejut kariah sebuah masjid di Indonesia apabila melihat seekor babi gemuk dicadangkan
untuk dijadikan haiwan korban semasa sambutan Aidiladha baru-baru ini.
Namun, individu yang membawa haiwan haram di sisi Islam ke masjid untuk disembelih itu tidak pula mengundang reaksi marah netizen.
Sebaliknya, dia yang merupakan seorang mualaf di wilayah Papua dipuji kerana niatnya yang ikhlas dan baik.
Difahamkan, lelaki itu baru sahaja memeluk agama Islam, menyebabkan dia memiliki pengetahuan amat sedikit tentang ibadah korban.
“Tidak mengapa, namanya masih belajar,” kata seorang pengguna laman sosial.
“Lelaki ini memang terbaik, baru saja memeluk Islam tetapi sudah ada niat untuk melakukan ibadah korban,” kata netizen lain.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio