Terima tetamu di pagi raya, Exco Pas Terengganu langgar SOP?

Terima tetamu di pagi raya, Exco Pas Terengganu langgar SOP?

Seorang pengguna FB bernama Zakaria Mahmud memuat naik hantaran di FB pergi berhari raya di rumah seorang Exco Kerajaan Negeri Terengganu, YB Azman Ibrahim.

Menurut Zakaria, beliau singgah berhari raya di rumah YB Azman Ibrahim sebelum menunaikan solat Sunat Hari Raya.

Bukan sekadar itu, beliau turut menjemput tetamu untuk datang beraya di rumah beliau.

Posting yang dipercayai kemudiannya dipadam berjaya di screenshot oleh pengguna media sosial yang lain.

Dua keping gambar turut dimuat naik. Gambar bersama YB Azman dan juga gambar sedang menjamu selera dengan YB tersebut.

 

May be an image of 4 people and text that says "Zakaria Mahmud 4h・ Singgah berhari raya dirumah Yb Dr Azman Ibrahim dulu selepas solat sunat Idul Fitri, sebelum balik kerumah melayan tetamu yang hadir,,, emput datang deh... Selamat Hari Raya Idul Fitri, Maaf Zahir Bathin."

Netizen mula mempertikaikan tindakan YB ini menerima tetamu di pagi Syawal ketika rakyat lain diarah untuk tidak menerima sebarang tetamu kerana PKP.

Arahan PKP ini berkuatkuasa 12 Mei 2021 yang antara lain melarang aktiviti ziarah raya dan kubur dilaksanakan.

Walaupun ia mengundang rasa tidak selesa rakyat, namun rakyat akur dengan arahan tersebut memandangkan negara masih bergelut dengan pandemik Covid-19.

Sementara itu, YB Azman Ibrahim menjelaskan dalam satu posting yang dipercayai merujuk kepada posting Zakaria :

Tak ada buat rumah terbuka pun. Adalah sorang dua rakyat yang mari rumah sebagaimana hari-hari biasa rakyat mari rumah kerana pelbagai urusan.

Di sinilah dilema seorang kuli rakyat macam ambe. Tak munasabah kita nak tutup pintu dan kunci kemas kemudian suruh rakyat balik kerana ziarah raya tak dibenarkan sedangkan hari-hari lain dalam tempoh PKP selalu saja rakyat mari rumah.

Juga tak munasabah rakyat berdekatan mari ke rumah kita tak angkat walaupun segelas air. Musim raya ini adalah juga ketupat sebiji dua walau bukan juadah penuh meja.

Lainlah kalau YB buat rumah terbuka besar-besaran dengan kehadiran ramai tetamu. Terpulang kepada tafsiran masing-masing. Selamat hari raya sahabat semua.

Namun jawapan YB Azman ini tidak memuaskan hati banyak pihak setakat ini.