Terbongkar akhirnya rahsia sebab apa pek ‘jajan’ lagi banyak angin dari isi ramai tak tahu

Kalau tonton filem atau k-drama, mesti kena bertemankan dengan kudap-kudap macam popcorn atau potato chips kan. Baru la lebih syok nak tengok Netflix kan.

Tapi, mesti ramai jugak kan yang geram kalau makan potato chips yang dibungkus dalam plastik tu sebab isinya sikit sangat, yang nampak banyak tu sebenarnya angin je.

Rupa-rupanya syarikat yang menghasilkan potato chips ada alasan mereka tersendiri mengapa dalam plastik cip kentang itu ada lebih banyak angin berbanding isinya.

Terbongkar akhirnya rahsia sebab apa pek 'jajan' lagi banyak angin dari isi ramai tak tahu

Menurut Reader’s Digest, dalam indusri pembuatan atau perkilangan, terma ‘slack fill’ bermaksud ruang kosong yang sengaja diletakkan di sekeliling sesuatu produk.

Ruang kosong tersebut akan bertindak sebagai perlindungan kepada kandungan keropok atau cip kentang tadi.

Ini untuk mengelakkan potato chips tersebut hancur atau rosak ketika dalam perjalanan untuk dihantar ke kedai-kedai sebelum dijual.

Namun, angin yang diisi ke dalam plastik potato chips bukanlah angin biasa tau sebab ia sebenarnya merupakan gas nitrogen.

Difahamkan, gas nitrogen menjadi pilihan pengilang potato chips kerana gas pengawet tersebut akan mengekalkan kerepek kentang itu lebih tahan lama dan tak lemau.

Jika angin udara biasa yang dimasukkan dalam plastik dan bukannya gas nitrogen, potato chips akan menjadi rosak dan kembang.

Lagi menarik, rupa-rupanya kajian saintis juga mendapati gas nitrogen bukan sahaja membantu kerepek kentang itu tahan lebih lama, malah ia juga boleh menjadikannya lebih enak.

Namun, mesti ramai juga antara korang yang rasa tertipu dengan plastik potato chips yang nampak kembung sebelum dibuka tapi sebenarnya isinya sikit.

Oleh sebab itu lah pengilang diwajibkan untuk mendedahkan berat bersih potato chips tersebut di bahagian luar pembungkusan agar pembeli tidak rasa tertipu dengan isi kandungannya.

Oooo, macam tu rupanya.

BACA: Dulu kecil je tengok, ini keadaan terkini ‘Anjali’ dalam cerita Kuch Kuch Hota Hai? Berdarah hidung tengok