Tentera boleh ambil cuti tak beritahu bos? Ini yang bakal terjadi kalau askar buat perangai macam rakyat biasa.Tidak Hadir Tanpa Cuti (THTC)
anggota Tentera dan kesan terhadap Angkatan Tentera Malaysia.
MMP menulis satu topik yang berkait rapat dengan kejadian baru2 ni untuk memberi kefahaman kepada semua
tentang apa itu THTC atau bahasa yang biasa kita dengar AWOL.
Sebagai benteng pertahanan utama sesebuah negara, seorang anggota tentera diterapkan latihan fizikal dan mental yang tinggi melalui operasi dan latihan serta kursus2 khas. Tetapi akan ada segelintir anggota tentera memiliki masalah dari segi disiplin dan sebagainya yang membawa kepada THTC.
Percaya atau tidak memang gejala AWOL ni banyak terjadi kepada anggota yang berkhidmat 10 tahun kebawah dalam tentera. (Sumber Datuk Azlan)
Jadi apa itu THTC? Secara amnya anggota tentera tak kiralah atasan atau bawahan tertakluk dibawah Akta Angkatan Tentera 1972.
Di bahagian V akta tu ada menyebut berkaitan THTC di item nombor 54,55,56 dan 57 yang merupakan sebahagian dari senarai Kesalahan Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan.
54. Tinggal Tugas.
55. Tidak hadir tanpa cuti.
56. Membantu dan menyembunyikan perkara tinggal tugas dan tidak hadir cuti.
57. Kenyataan palsu berkenaan dengan cuti.
THTC merupakan gejala yang sangat serius yang memberi impak kepada kekuatan Angkatan Tentera Malaysia dan di sebabkan itu ia merupakan sesuatu yang sangat di ambil berat oleh pegawai pemerintah.
Disini MMP tunjuk senarai penuh Akta Angkatan Tentera 1972 ni untuk rujukan semua
https://www.facebook.com/pageRGK/posts/1079339318753037
Gejala ni bukan tidak pernah di kaji dan THTC boleh berlaku di sebabkan pelbagai faktor.
Antaranya masalah disiplin, mabuk, pergaduhan, hutang, dan sebagainya.
Tetapi ada juga THTC berlaku di sebabkan perkara yang tidak berkait dengan masalah disiplin. Contohnya masalah keluarga, dapat peluang kerja lebih baik, tekanan tempat kerja, dan lain lain.
Tapi basically THTC berlaku apabila seorang anggota tu ingin menamatkan perkhidmatan lebih awal.
Contrary to popular belief, THTC bukan hanya berlaku terhadap anggota bawahan.. Malah pegawai pun ada yang terlibat dan ianya sebenarnya membimbangkan.
Hukuman tentera adalah mutlak namun jika anggota merasakan hak beliau di nafikan setelah di tuduh THTC sebenarnya beliau boleh buat pengaduan di bawah SEKSYEN 171 (1). Ada juga berberapa kes THTC yang mana tertuduh lantik peguam dan meminta mahkamah civil untuk perintah tentera semak balik hukuman.
THTC bermaksud juga meninggalkan tugas dan tanggungjawab , meninggalkan Perkhidmatan Seri Paduka Baginda, menghindarkan diri dari berkhidmat.
Hukuman penjara dua tahun dan lucut hak perkhidmatan jika sabit kesalahan.
Jangan samakan THTC ni dengan korang punya ponteng dan MC ya. Dalam tentera ia merupakan satu yang amat serius.
Isu AWOL ni bukan hanya terjadi di Malaysia. Contohnya di UK 65% tahanan penjara tentera ialah di sebabkan AWOL.
Hukuman
Seperti yang di tulis tadi hukuman penjara sehingga 2 tahun boleh di kenakan dan boleh dilucutkan hak dan diberhentikan. Semasa di tahan juga satu latihan fizikal yang khusus untuk tahanan tentera yang sihat akan di kenakan. Sop latihan ini dah di tetapkan dan dikuti.
Walaupun begitu di percayai dalam kes tahanan TLDM tersebut kemungkinan excessive force telah di gunakan. Walau apa pun TLDM telah menegaskan bahawa dera bukan budaya TLDM dan akan beri kerjasama penuh dengan PDRM.
Media sosial
Page media sosial bersungguh2 menggunakan isu ini untuk mendapatkan like dan sebagainya. Itu lantak ke hang lah. Tapi sepatutnya beringat lah jangan mempermainkan persepsi sampai rakyat benci TLDM.
BACA:
Artis terkenal muka ‘innocent’ kantoi ketagih video lucah di media sosial, rupanya ini orangnya..
Kerja penghantar barang je dengan pendapatan RM43000, pemuda ini selesa bekerja di Australia
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio