Razarudin juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita yang tidak benar yang boleh menjejaskan imej PDRM.
“Tiada tangkapan melibatkan ketua polis negeri oleh SPRM, berita itu tidak benar,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, turut menafikan mengenai tangkapan
Ada yang melibatkan ketua polis negeri tersebut dan menyifatkan berita itu sebagai palsu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, juga menafikan perkara itu.
“Cerita itu tidak betul… banyak lagi berita palsu dalam media sosial, bukan hanya yang ini sahaja,” katanya.
Sebelum ini, tular di aplikasi Telegram mengenai tangkapan seorang ketua polis negeri oleh SPRM yang turut dilaporkan menemukan wang tunai berjumlah RM4 juta.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio