Tembok Bangi Wonderland roboh, ini sebenarnya yang berlaku

Tembok Bangi Wonderland roboh, ini sebenarnya yang berlaku, beberapa foto tular memaparkan runtuhan tembok di taman tema air popular Bangi Wonderland Theme Park and Resort ternyata mengejutkan netizen.

Berdasarkan semakan mStar pada Ahad petang, foto tersebut mula dikongsi menerusi laman Facebook dan juga Twitter.

Kelihatan sebahagian binaan konkrit di bahagian luar taman tema itu runtuh sehingga memenuhi bahagian tepi jalan raya menuju ke kawasan perubahan bersebelahan.Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika hujan lebat di kawasan berkenaan, sekitar pukul 4 petang Ahad.

Tembok Bangi Wonderland roboh, ini sebenarnya yang berlaku

Kata sumber itu lagi, ketika kejadian ada pengunjung di taman tema yang beroperasi seperti biasa sehingga 6 petang ini.

Difahamkan, berlaku runtuhan konkrit kira-kira 20 meter dan operasi pembersihan kini sedang dijalankan, selain meningkatkan kawasan keselamatan di taman tema itu.

Setakat ini, tiada individu yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Tembok Bangi Wonderland roboh, ini sebenarnya yang berlaku

Tembok Bangi Wonderland roboh, ini sebenarnya yang berlaku

Di ruangan komen Facebook, beberapa individu turut meninggalkan komen, mendakwa mereka baru sahaja melalui kawasan runtuhan tersebut.

“Betul tu. Saya duduk BA2 (Bangi Avenue 2). Baru lalu tadi.

“Betul min. Ada ni ha boleh tengok sliding (gelongsor) tanpa pagar,” tulis beberapa netizen.

Setakat ini, pihak taman tema itu dan pihak berkuasa terlibat belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Sama-sama kita nantikan perkembangannya nanti.

Tonton:

BACA JUGA :

Ini tips simpan bawang tahan lama, confirm tak cepat busuk

Satu post di Instagram Cristiano Ronaldo bernilai RM9.76 juta

Doktor ini kongsi tips elak sakit lepas ambil dos penggalak

CATEGORIES