Teknik simpan ikan agar kekal segar macam baru beli kat pasar

Teknik simpan ikan agar kekal segar macam baru beli kat pasar.Kalau daging atau ikan dah mula rasa tak sedap dan tak manis, memang juadah yang dihasilkan kurang enak. Normah Bahari ada cara betul Simpan Ikan Tahan Segar dan manis macam baru beli

Pelbagai kaedah penyimpanan barang dapur basah yang telah dikongsikan oleh suri rumah tangga. Ia Bukan sahaja stok tersusun rapi, malah tahan lebih lama dalam simpanan. Salah cara simpanan, ikan yang dibeli jadi tak sedap, ayam tak manis dan sayur rosak begitu sahaja.

CARA Simpan Ikan Tahan Segar MACAM BARU BELI

Susun ikan didalam bekas untuk sekali masak , tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut , kemudian frozenkan ,bila nk masak , keluarkan dan biarkan ia cair , kalau nk masak pagi , keluar dari malam dan bila nk masak tengahari , keluarkan waktu pagi , In Sha Allah ikan kita tetap segar mcm baru beli .

Tapi selalu proses memasak terhenti apabila stok yang disimpan terutamanya sayuran dan bawang rosak begitu sahaja. SAYANG NYA.

Namun, bahan keperluan masakan lain perlu sentiasa ada stok. Kot-kot nanti terpulang awal atau adanya masa-masa kecemasan lain. Boleh lah si ibu masak.

Teknik simpan ikan agar kekal segar macam baru beli kat pasar

Sebenarnya, ada acara nak elak bahan-bahan ini cepat rosak. Berikut adalah cara-caranya:

TEPUNG

Dengan menggunkan bekas kedap udara dan kering, tepung yang disimpan boleh tahan selama 6 bulan selepas dibuka. Kebiasaanya, tepung rosak bukan lah isu utama tetapai masalah ukat tepung. Seperti beras, bekas tidak kedap dan lembap menyebabkan ulat tepung mudah wujud.

Jadi, untuk memastikan tepung tahan lama, gunakan bekas yang kedap dan kering, Masa mengguna pun, elak dari bercampur senduk atau sudu untuk menyeduk dan segera tutup dan jangan dibiarkan terbuka

BAWANG

Nak dikupas awal, boleh lebam. Kalau dikisar dan simpan dalam peti sejuk pula nanti baunya lain macam pula. Jadi, cara terbaik untuk menyimpan bawang adalah dengan menyimpan di dalam bekas yang mempunyai aliran udara yang baik seperti bakul dan letakkan di Kawasan yang tiada pencahayaan.

Ada sesetengah ibu suka mengupas bawang siap-siap. Jadi bila nak masak, tak perlulah masa yang lama untuk mengupas bawang. Untuk menyimpan bawang yang telah dikupas, Jangan buang bahagian hujung dan pangkal bawang. Ia mampu mengelak bawang dari terhidarat dan tercemar. Disamping itu juga, jangan cuci bawang sebelum disimpan

Teknik simpan ikan agar kekal segar macam baru beli kat pasar

HALIA, KUNYIT dan LENGKUAS

Halia kunyit dan lengkuas antara bahan yang jarang digunakan dalam masakkan. Tidak seperti bawang dan cili. Tapi nak beli, bukan boleh sikit-sikit. Jadi bila dah lama-lama, halia dan kunyit tadi boleh mengecut walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Untuk menyimpan halia dan kunyit pastikan masa membeli, elak ambil bahagian yang telah dipatahkan. Ia bertujuan mengelak halia dan kunyit tadi dari cepat kering.

BACA JUGA : Syahmi Syazli tayang rumah baru, netizen tetap rasa dia humble… Ini sebabnya…

Halia dan kunyit tadi boleh disimpan seperti mana anda menyimpan bawang yang belum dikupas tadi iaitu dengan menggunakan bakul dan simpan di dalam tempat yang tidak ditembus cahaya. Selain itu juga, boleh cuba simpan di dalam botol atau bekas makanan yang kedap udara dan disimpan di dalam peti sejuk

BERAS

Beras, ada kalanya walaupun baru dibeli sudah mula rosak. Perosak utama beras adalah kutu beras. Selain disebabkan oleh beras yang dah lama, kondisi lembap boleh menyebabkan beras cepat rosak. Bagi mengatasi masalah ini, elak menggunakan bekas atau tangan yang basah ketika mengambil beras dari bekas simpanan.

Selin itu juga, boleh letakkan daun pandan kering atau cili bagi mengelak kehadiran kutu beras. Apa pun, yang paling utama adalah pastikan bekas simpanan kedap udara.

Teknik simpan ikan agar kekal segar macam baru beli kat pasar

UBI KENTANG

Cara menyimpan ubi kentang supaya tahan lebih lama sama seperti menyimpan bawang. Namun, elakkan menyimpan bawang dan kentang dalam tempat yang sama. Ini kerana, bawang akan membebaskan gas yang akan menyebabkan kentang cepat rosak

BACA JUGA : Tempah baju kahwin dikait dengan Shuib, akhirnya Nana dedah segalanya

SAYURAN

Sayur berdaun yang paling sukar untuk disimpan. Kesegarannya biasa bertahan dalam tempoh seminggu sahaja. Bagi memastikan sayur yang disimpan tahan lebih lama, ia perlu dikeluarkan dari plastik dan dibalut dengan surat khabar atau tisu tanpa perlu dicuci.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua… Selamat mencuba!!

BACA JUGA : Filem Tun Perak bakal tampilkan Shah Rukh Khan
Wanita terkejut kena caj hampir RM6,000 sebab parking kereta satu jam
BMW iX tampil dengan cukai 0%, mampu jimat RM56,000

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)