Teguran Sultan Johor bukti Kerajaan Persekutuan hanya pandai cari alasan

Teguran Sultan Johor bukti Kerajaan Persekutuan hanya pandai cari alasan

Teguran Sultan Johor bukti Kerajaan Persekutuan hanya pandai cari alasan

Selepas DYMM Sultan Selangor bertitah isu jumlah mereka yang telah disuntik terlalu rendah, kini DYMM Sultan Johor pula bertitah mengenai perkara yang sama di Johor.

Sesungguhnya Raja-Raja Melayu sangat prihatin dan mendengar rintihan rakyat.

Kedudukan strategik Johor yang bersempadan dengan Indonesia dan Singapura menjadikan DYMM Sultan Johor sangat peka serta sedar bahawa isu kelewatan penerimaan vaksin telah diketahui rakyat di setiap peringkat.

Apakah Kerajaan PN mahu menunggu giliran DYMM Raja-Raja Melayu yang lain pula untuk menegur kegagalan kerajaan memerintah? Tugas menteri-menteri kabinet adalah untuk menyelesaikan masalah, bukannya mencari alasan atau menyalahkan pihak lain apatah lagi sesama mereka dalam kerajaan yang semakin lemah ini.

Rakyat akan ingat nama dan wajah setiap Menteri dan parti yang membentuk #KerajaanGagal dan dikenali dengan kerajaan #antara2darajat ini.

HASANUDDIN MOHD YUNUS
Ahli Parlimen & Pegawai Penyelaras
P101 Hulu Langat & N24 Semenyih
Naib Presiden
Parti AMANAH Negara
Sumber: