Teguran Ku Li juga ditujukan kepada pemimpin Umno ‘taksub’ Muhyiddin

Teguran Ku Li juga ditujukan kepada pemimpin Umno ‘taksub’ Muhyiddin

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah cadang ahli Umno yang bertindak lebih menjaga kepentingan parti lain selain Umno hendaklah dipecat. Reaksi Tengku Razaleigh itu apabila menyedari ada pemimpin Umno yang lebih jaga kepentingan diri daripada kepentingan parti sendiri apabila mendapat habuan daripada Muhyiddin Yassin.

Mereka ini oportunis.

Sebenarnya mereka inilah juga yang merumitkan parti membuat keputusan atau bertindak untuk mengembalikan maruah parti di tempat asal. Mereka sepatutnya sepadu dan sekata dengan pucuk pimpinan bukan bersifat menyimpang di tengah jalan, mencerca kawan kepada lawan.

Kenapa Umno semakin lemah dan dilihat tidak berwibawa kini kerana dalam barisan kepimpinannya ada berbagai pendapat dan pendekatan dibuat. Semua bertindak kerana memikirkan keuntungan diri masing-masing. Apa dinamakan kepentingan ahli dan parti sudah tiada.

Di antara pemimpin Umno yang jelas tidak membela nasib pemimpin sendiri tetapi lebih menonjolkan diri menjaga kepentingan pihak lain khasnya perdana menteri Muhyiddin Ysssin adalah Annuar bin Musa.

Jelas sekali sikap anak Musa ini cuba mempertahankan Muhyiddin dengan menggunakan Muafakat Nasional (MN) antara Umno dengan Pas mengukuhkan kedudukan Muhyiddin. Kenyataan, sindiran oleh beliau menuju ke arah itu. Demikian juga kenyataannya sebagai Setiausaha Agung BN lebih memupuk perpaduan demi Muhyiddin tidak untuk Umno.

Sepatutnya Annuar meletakkan keutamaan kepada partinya (Umno) dahulu sebelum membela dan mempertahankan dirinya. Bukan sahaja daripada Bersatu hatta daripada Pas pun. Apakah kerana dia sudah mempunyai jawatan (Menteri Wilayah Persekutuan) menyebabkan mudah hilang punca dan jawatan telah mengabu matanya?

Justeru cadangan ahli parlimen itu agar mereka yang meremehkan parti sendiri dan mempertahankan pihak lain sehingga parti jadi hilang fokus wajar diberi perhatian. Kedudukan Annuar sebagai Setiausaha BN juga mungkin boleh difikir semula sebelum berbudu menjadi katak.

Sebenarnya tidak pelik kalau Annuar bersikap pesimis kepada Tengku Razaleigh yang kini dilambungkan akan jadi PM, kerana sejarah telah membuktikan dalam hubungan peribadi antara ahli parlimen Ketereh dengan ahli Parlimen Gua Musang itu tidak “smooth” sejak daripada dahulu.

Semasa Tengku Razaleigh berdepan dengan Mahathir merebut jawatan presiden Umno 1987 beliau bertindak menyokong Kedah dan melupai negeri sendiri. Trims.

Sumber :

OPPORTUNIS MELEMAHKAN PARTIPengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah cadang ahli Umno yang bertindak…

Posted by Mohd Sayuti Omar II on Monday, October 19, 2020

 

COMMENTS