Saya tertarik dengan usaha keras berterusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf untuk membawa dan membentang pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat tahun ini peruntukan undang-undang lebih tegas dalam menangani isu penghinaan agama di negara ini.
Dan difahamkan peruntukan tersebut akan dimasukkan ke dalam peruntukan dalam Kanun Kesiksaan yang sedia ada.
Cadangan pindaan ini saya lihat suatu pembaharuan menampakkan kesungguhan beliau mempertahankan kesucian agama supaya tidak dipermainkan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pindaan ini juga untuk mengelakkan kebencian antara agama, dan sudah tentu siapa yang menghina Rasulullah selepaa ini termasuk dalam pindaan peruntukan undang-undang ini agar hukuman yang keras dan setimpal dikenakan.
Saya melihat kesungguhan, komitmen YB Datuk Seri Mujahid dan kerajaan Pakatan Harapan yang tinggi dalam menjaga kemuliaan agama Islam dan perpaduan antara agama dan kaum di Malaysia secara keseluruhan.
Peruntukan undang-undang sedia ada dilihat sedikit longgar sehingga ada kalangan pihak tidak bertanggungjawab mencetus provokasi dan sentimen agama ibimbangi akan mewujudkan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat Malaysia.
Terdahulu BERNAMA melaporkan seorang operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memuat naik satu hantaran yang menghina Nabi Muhammad SAW menggunakan aplikasi Facebook, pada minggu lepas.
A. Taneson, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Rini Triany Muhamad Ali.
Lelaki itu didakwa memuat naik hantaran tersebut dengan menggunakan laman profil Facebook “Sarkar Tanesan” pada kira-kira 11.40 pagi, 19 Feb lepas.
http://bernama.com/bm/news.php?id=1698774
Pindaan Kanun Kesiksaan berkenaan bakal menyaksikan hukuman lebih berat menanti pesalah, selain mengetatkan beberapa proses pendakwaan termasuk operasi prosedur standard (SOP) pembuktian di mahkamah.
Niat dan tujuan serta usaha YB Menteri ini diIihat memastikan hukuman lebih tegas terhadap penghina agama termasuk Islam.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/535248/kesalahan-hina-agama-masuk-kanun-keseksaan-mujahid
Sekalung tahniah YB Datuk Seri Mujahid Yusuf sentiasa bekerja keras dalam usaha mempertahankan kesucian agama dan perpaduan kalangan rakyat Malaysia sesuai dengan agenda dibawa beliau melahirkan CITRA WAJAH BARU MALAYSIA.
Sebagai pengamal undang-undang berpengalaman mengendalikan kes jenayah, saya menyokong penuh usaha ini bagi memperkemaskan undang-undang sedia ada, dan menambah baik ‘loop hole’ supaya mampu menangani isu provokasi dan tidak bertanggungjawab sengaja memainkan isu agamadab menimbulkan suasana tegang dan tidak selesa di kalangan rakyat Malaysia.