Tarikh rayuan untuk permohonan BKM yang tidak lulus, semak segera!

Tarikh rayuan untuk permohonan BKM yang tidak lulus, semak segera! Tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka mulai 2 Mei selama sebulan bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan sedar bahawa mungkin ada rakyat yang layak menerima BKM tetapi masih belum didaftarkan dalam pangkalan data kerajaan.

“Pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM).

“Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata permohonan rayuan boleh dibuat melalui dua kaedah sama ada secara dalam talian melalui Portal Rasmi BKM LHDNM 2022 di https://bkm.hasil.gov.my atau penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 secara manual.

Penghantaran borang rayuan secara manual boleh diserahkan mulai 9 Mei ke cawangan, Pejabat Satelit (PS), Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.

“Setelah pangkalan data BKM dikemas kini, pembayaran rayuan BKM kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 dijadualkan pada September dan Disember 2022,” katanya.

Tarikh rayuan untuk permohonan BKM yang tidak lulus, semak segera!

Tengku Zafrul berkata kerajaan telah mengemas kini data golongan B40 yang layak menerima BKM dan setakat ini, hampir RM2.0 bilion bantuan Fasa 1 BKM telah disalurkan kepada hampir sembilan juta penerima B40 seluruh negara pada Mac lepas manakala bayaran Fasa 2 sebanyak RM1.1 bilion pula akan dibuat pada Jun.

SEMAK SINI 

BACA: 

Anggota trafik iring anak MP Baling ditukar ke bahagian pentadbiran

Kakitangan kerajaan dibenar kerja dari rumah selama seminggu selepas Aidilfitri

KWSP: Rupanya ada 17 jenis pengeluaran khas yang anda boleh buat

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)