Tanpa UMNO Zulkifli Al Bakry pun tidak akan menjadi menteri, dakwa ahli Umno

Tanpa UMNO Zulkifli Al Bakry pun tidak akan menjadi menteri, dakwa ahli Umno

Sebelum ini saya memang mengikuti rapat akaun IG Mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohamad Al Bakri. Kini telah dilantik menjadi Menteri di JPM.

Walaupun adakala posting-postingnya kelihatan poyo, jumpa orang politik itu ini termasuk Lim Guan Eng, saya tidak menjadikan ianya satu masalah. Kerana saya mahu mengambil ilmu-ilmu yang beliau kongsikan.

Sewaktu Azmin Ali dilanda krisis video Sandakan, beliau menulis surat nasihat kepada Azmin, ala-ala Yusuf Qardhawi menulis surat kepada Anwar Ibrahim, saya juga tidak menjadikannya satu masalah. Kerana kandungan surat beliau umum. Tidak memihak.

Bagaimanapun, saya mula hilang hormat kepada beliau apabila timbul kes Datuk Seri Najib bersumpah dalam Masjid Kg Baru atas fitnah terhadap dirinya membunuh Altantuya.

Sebelum bersumpah, DSN telah mengumumkan beberapa hari lebih awal apa yg akan dilakukan beliau. Selepas DSN bersumpah, atas nama Mufti WP beliau mengeluarkan kenyataan media yang mengatakan sumpah laknat tiada dalam perundangan islam dan meminta JAWI menggubal peraturan untuk menghalang Masjid digunakan sebagai tempat bersumpah.

Saya bukan hendak minta beliau memihak kepada DSN. Tetapi sebagai Mufti dan Agawan, sepatutnya dalam masa yang sama beliau mengeluarkan satu kenyataan umum tentang fitnah yang dilemparkan terhadap DSN. Jika kepada Azmin beliau boleh mengeluarkan surat nasihat, mengapa tidak boleh beliau mengeluarkan surat yang sama kepada DSN ? Di situ kita boleh melihat bagaimana beliau memihak kepada pihak mana yang ada kuasa. Agamawan tulen tidak akan bersikap begitu. Agamawan tulen tidak akan takut kepada sesiapa.

Dulu saya tidak menyukai MAZA. Kerana terlalu banyak mengeluarkan kenyataan berbentuk politik. Akan tetapi MAZA jenis balun semua. PAS,UMNO,PKR,PPBM,DAP, semuanya beliau balun.Pihak yang ada kuasa, pihak yang tiada kuasa, pun semua beliau balun sapu bersih. Beliau tidak takut dan tidak memihak. Itu lbh baik. Ura-ura mengatakan MAZA akan dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan. Tahniah jika benar.

Berbalik cerita sumpah laknat DSN, Tup…tup…lepas dua bulan DSN bersumpah laknat, hujan tidak, ribut tidak, tiada undi tidak percaya di Parlimen, tiada gerombolan rakyat di jalan raya, tiba-tiba kerajaan yang memfitnahnya runtuh dan hilang kuasa. Wujud sebuah kerajaan baru, tup…tup…Mufti Wilayah dilantik jadi menteri. Rezeki…Adakah ini satu bencana kerana sumpah DSN terhadap pihak yang memfitnahnya atau satu kebetulan ? Hanya Allah yang mengetahui.

Nota : Sepanjang berseteru dalam politik dengan DSN, TSMY tidak pernah menyerang DSN dengan kes Altantuya.

Sambung kisah Zulkifli Al Bakri, ada orang kata TSMY melantiknya sebagai menteri atas kuota orang-orang Azmin Ali. Wallahualam…

Tak mengapa beliau dilantik menteri atas kuota apa sekalipun. Tetapi apabila telah menjadi menteri, situasi anda telah berubah. Anda bukan lagi tok guru atau mufti. Anda adalah anggota pentabiran. Tidak boleh lagi hendak jadi seperti mufti atau tok guru.

Pagi ini apabila saya membuat satu posting berhubung satu kenyataan media dlm Bahasa Arab yang menggunakan kepala surat rasmi kerajaan. Ada yang mempertikaikan dan kata kenyataan dlm BM telah dikeluarkan, ianya tidak salah dan bermacam2 alasan lain.

Memang tidak salah. Di Malaysia bahasa rasmi kita adalah Bahasa Malaysia. Cukuplah dikeluarkan yang dalam BM. Mengapa perlu lagi hendak dibuat dalam Bahasa Arab menggunakan kepala surat rasmi kerajaan ? Memang tak salah , tetapi pentadbiran itu kelihatan kurang kemas dan caca marba. Sepertimana Lim Guan Eng keluarkan kenyataan media guna kepala surat kerajaan dalam Bahasa Cina.

Sejak menjawat jawatan Mufti Wilayah lagi, saya perhatikan pasukan propaganda beliau sangat bijak bermain media sosial untuk membeli hati orang ramai dan mempopularkan beliau. Sebagai orang yang telah biasa bermain dengan propaganda saya bukan naif untuk memahaminya. Tetapi ada kalanya pasukan propaganda beliau over kill. Setakat ini propaganda mereka berjaya dan bos mereka berjaya diangkat menjadi seorang menteri.
Pasukan propaganda beliau cuba untuk meniru dan mempotretkan bos mereka seolah-olah Allahyarham Dato’ Nik Abdul Aziz.

Berbalik kepada hujah saya diatas, iaitu pentadbiran kelihatan kurang kemas. Ada beberapa gambar dalam IG beliau (blue thick), yang memaparkan beliau mengadakan perjumpaan dalam keadaan bersila di atas kerusi. Termasuk dgn agensi yang dibawahnya. Malah lebih parah lagi dalam keadaan berkaki ayam. Mesyuarat pasca kabinet pun berkaki ayam. IG dapat diakses di seluruh dunia. Itu memang tak salah. Tetapi inilah yg dikatakan anggota pentadbiran kelihatan kurang kemas. Itu urusan rasmi lah…kena pandai beza.

Sejak beliau menjadi Menteri Agama, saya perhatikan cara dan gaya beliau seolah-olah beliau masih lg Mufti WP. Beliau kini menteri yang jaga satu Malaysia. Bukannya terhad jaga WP dan Terengganu sahaja. Skop tugas dan tanggungjawab lebih luas. Banyak perkara-perkara dasar yang perlu dibuat dan diperbetulkan. Apatah lagi dalam negara berkeadaan begini sekarang. Nak kuliah boleh, tidak menjadi masalah. Sekali sekala boleh lah. Tugas kuliah itu diberikan kepada orang lain atau Ustaz Azhar Idrus pula. Ustaz2 dan guru2 lain nak ambil tugas anda sebagai menteri tidak boleh.

Saya tidak tahu apa pendapat anda. Tetapi bagi saya, saya mengatakan beliau tidak akan boleh pergi jauh. Mungkin atas sedikit dari Mujahid. Dan yang akan membawa kerosakan kepada beliau saya ramalkan adalah pasukan propaganda beliau sendiri. Saya tidak mahu menyentuh soal fahaman apa yang beliau bawa sepertimana yg diperkatakan oleh warga maya. Saya baik dgn semua melainkan syiah atau ajaran sesat.

Yang kasihan adalah TSMY. Beliau disenangi oleh semua pihak. Termasuk oleh rakan2 tabligh dan guru2 pondok. Saya bimbang satu hari nanti TSMY kehilangan sokongan pihak2 itu.

Dulu kita marahkan DAP kerana tidak guna bahasa rasmi negara di kepala surat kerajaan. Hari ini kita pula yang buat. Dulu kita gelakkan kerajaan PH kerana tidak ada kumpulan whatsapp untuk berbincang sebelum sesuatu kenyataan dikeluarkan. Sekarang dlm kerajaan kita pula yang buat. Dulu kita gelak pemimpin PH kerana menteri mengunjungi sesama menteri. Sekarang ini dalam kerajaan kita juga berlaku. Saban masa ada saja menteri dan timbalan menteri pergi mengunjungi Menteri Agama kita. Pandangan apa yang mereka nak minta pun tak tahu. Beliau pun baru kali pertama jadi menteri. Jika nak bincang masalah COVID, bukankah ada mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat kabinet ? Ah hasilnya jadilah kisah Khalid Samad berkunjung ke pejabat Mat Sabu.

Sebab itu saya katakan, pasukan propaganda beliau bekerja kuat, untuk mempotretkan beliau seperti Allahyarham Dato’ Nik Abdul Aziz. Tak mengapa, teruskan. Jika pasukan propaganda beliau melihat tulisan saya ini sebagai satu tuduhan jahat, satu pembohongan, mereka boleh mengecam dan memilih jalan untuk menyerang saya kembali. Akan tetapi jika mereka melihat ianya satu kritikan, mungkin mereka boleh memperbaikinya. Saya tidak rugi apa2.

Kita sebagai kerajaan yang saya maksudkan di perenggan atas adalah UMNO. Sebab saya ahli UMNO. Kerajaan yang terbina hari ini adalah juga disumbangkan UMNO. Malah UMNO penyumbang kerusi terbesar untuk terbentuknya kerajaan PN. Tanpa UMNO Zulkifli Al Bakry pun tidak akan menjadi menteri.

Sumber :